Notis privasi ini menjelaskan 'apa', 'mengapa' dan 'bagaimana' kami memproses data peribadi. Notis privasi ini terpakai terhadap data peribadi yang dikumpul apabila anda melawati laman web kami dan apabila anda menggunakan sebarang perkhidmatan yang tersedia untuk anda melalui laman web atau aplikasi kami. Ia juga menjelaskan kepada anda bagaimana untuk melaksanakan hak yang tersedia untuk anda dan individu untuk dihubungi jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai bagaimana kami memproses data peribadi. Sila baca notis ini dengan teliti.
Notis privasi ini disemak dan dikemaskini secara berkala. Kami akan memastikan versi terkini notis ini akan dipaparkan di sini.
Menavigasi notis privasi ini
Klik pada salah satu pautan ini untuk terus ke bahagian yang menerangkan:
- Data peribadi yang kami peroleh
- Sebab kami menggunakan data peribadi
- Dengan siapa kami berkongsi
- Apakah hak anda dan cara melaksanakannya
- Cara untuk menghubungi kami
Hubungan kami dengan anda
Pelanggan dan pemohon akaun Luno
Untuk menyemak status pelanggan anda kepada entiti Luno yang berkenaan, sila rujuk halaman Syarat Penggunaan kami. Entiti Luno yang menawarkan dan menyediakan perkhidmatan kami ialah syarikat yang bertanggungjawab untuk melindungi data peribadi. Syarikat yang memegang tanggungjawab tersebut biasanya dikenali sebagai "pengawal data" atau "pihak yang bertanggungjawab.", bergantung kepada tempat anda berada.
Akaun Perniagaan Luno
Sila maklum jika anda menggunakan akaun perniagaan Luno, peranan kami dan data peribadi yang diproses adalah bergantung sama ada anda a) bertanggungjawab bagi akaun ini atau b) kakitangan atau wakil kepada perniagaan, dan anda telah dijemput untuk menggunakan akaun perniagaan ini. Jika anda adalah pemilik akaun, entitii Luno yang menyediakan perkhidmatan ini adalah pengawal data. Jika anda merupakan pengguna yang diberi kuasa, pemilik akaun adalah pengawal data 'utama' bagi data peribadi anda, kecuali dalam sesetengah kes di mana Luno akan menjadi pengawal data, sebagai contoh, jika kami perlu mengesahkan identiti anda untuk semakan "Know-Your-Business" atau memberi maklum balas terhadap permintaan sahih daripada penguatkuasa pelaksanaan undang-undang.
Bukan pelanggan
Luno akan mengumpul data peribadi anda walaupun anda bukan pelanggan Luno. Sebagai contoh, jika anda melawat laman web kami atau telah menggunakan aplikasi kami tanpa menggunakan perkhidmatan atau telah berinteraksi secara kewangan dengan pelanggan Luno, sebagai contoh anda adalah pihak kedua dalam transaksi. Luno akan mematuhi undang-undang tempatan apabila kami mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam situasi-situasi ini.
Data peribadi yang diproses oleh pihak kami
Data peribadi yang diproses oleh pihak kami adalah bergantung kepada hubungan kami dengan anda: maklumat yang dikumpulkan tentang anda sebagai pelanggan kami adalah berbeza dengan maklumat yang diperoleh tentang anda sekiranya anda masih sedang disahkan sebagai pelanggan atau hanya melayari laman web kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang tahap akaun yang berbeza di Luno melalui Pusat Bantuan kami.
Data peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami
Kami memperoleh data peribadi daripada anda melalui pelbagai cara, termasuk apabila anda mendaftar dengan kami (contohnya, dengan mengisi borang dan menyerahkan dokumen untuk membuka akaun dalam talian atau melalui aplikasi), apabila anda menggunakan akaun Luno anda, apabila anda menghubungi kami atas sebarang sebab melalui e-mel, ruang sembang atau ruang sembang media sosial, apabila kami menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat atau arahan (contohnya apabila kami menghubungi anda melalui nombor telefon anda), apabila anda menjawab tinjauan atau memberi maklum balas kepada kami dan apabila anda mengambil bahagian dalam pertandingan atau berinteraksi dengan kami di media sosial atau menyertai kempen dan promosi.
Klik di sini untuk melihat kategori data peribadi khusus yang mungkin diproses oleh pihak kami
Kategori | Jenis data peribadi |
---|---|
Butiran asas anda | Nama pertama, nama akhir dan mana-mana nama tengah; tarikh lahir; kewarganegaraan; jantina; alamat e-mel; nombor telefon bimbit |
Data identiti | Status pekerjaan dan industri; sebab anda menggunakan Luno dan (kadangkala) matlamat dan pengalaman anda; salinan dokumen pengenalan diri pilihan (cth. pasport, kad pengenalan anda); bukti alamat, dan skor risiko yang dikira menggunakan data yang kami kumpulkan dan data yang anda berikan |
Data akaun perniagaan | Data akaun perniagaan adalah, contohnya, formasi undang-undang, pendaftaran dengan badan-badan regulatori dan juga data peribadi bagi semua pemilik manfaat material institusi tersebut. Jika anda merupakan pengguna yang diberi kuasa, kami akan memproses nama, alamat emel bekerja dan maklumat anda yang lain untuk melengkapkan semakan "Know-Your-Business" kami. |
Data biometrik | Biasanya imbasan wajah anda yang diambil daripada swafoto atau video untuk dibandingkan dengan gambar anda pada salinan dokumen pengenalan yang diserahkan |
Data kewangan | Sumber dana; sifat dan tujuan hubungan perniagaan; butiran akaun bank; nombor kad debit, kredit atau debit PAN tersembunyi; butiran baucar; nombor pendaftaran cukai; keutamaan pembayaran |
Data transaksi | Jumlah urus niaga kripto atau fiat; baki fiat; alamat dan baki dompet kripto; jenis transaksi; butiran dompet penerima |
Data surat menyurat | Surat-menyurat antara Luno dan anda sebagai pelanggan, termasuk rakaman panggilan dan transkrip panggilan/sembang, e-mel, maklum balas dan maklum balas tinjauan |
Data aduan | Maklumat mengenai aduan yang dihantar ke penguatkuasa regulatori |
Pilihan komunikasi | Bila dan bagaimana anda ingin kami menghubungi anda |
Data peribadi yang dikumpul secara automatik
Maklumat tertentu dikumpulkan secara automatik apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, contohnya apabila anda menggunakan aplikasi kami atau melayari laman web kami.
Klik di sini untuk melihat kategori data peribadi khusus yang mungkin diproses oleh pihak kami
Kategori | Jenis data peribadi |
---|---|
Data transaksi | Tarikh, masa dan jumlah transaksi kripto atau fiat; mata wang dan kadar pertukaran untuk penukaran kripto/fiat; butiran dompet penghantar dan penerima; rujukan/nota pembayaran; nombor rujukan BX unik yang dikaitkan dengan setiap pelanggan |
Data teknikal | Alamat IP dan MAC; nombor IMEI peranti; maklumat rangkaian mudah alih; kaedah log masuk; rantaian URL; jenis dan versi pelayar; jenis peranti, ID pengiklanan, platform dan versi sistem pengendalian; zon masa; 'plug-in' pelayar yang digunakan; rekod diagnostik perkhidmatan; laporan ralat; keutamaan bahasa; kunci API. |
Data penggunaan | Maklumat tentang lawatan anda dan penggunaan perkhidmatan kami termasuk perkara yang anda lihat dan laman yang anda klik serta tarikh dan masa tindakan diambil; perkara yang anda lihat dan cari; prestasi halaman dan aplikasi termasuk masa respons, sama ada terdapat ralat atau isu; tempoh masa lawatan dan penggunaan anda; interaksi anda dengan halaman termasuk tatal dan klik; cara anda menavigasi keluar dari halaman |
Daripada kuki dan teknologi lain yang serupa | Sila lihat dasar kuki secara berasingan di laman web kami |
Maklumat tentang lokasi anda | Maklumat yang mengenal pasti lokasi anda dengan cara khusus yang munasabah berdasarkan alamat IP atau GSM, GPS dan/atau WiFi. Kami akan meminta dan mendapatkan kebenaran anda melalui tetapan peranti anda jika perlu berbuat demikian |
Butiran rujukan | Jika anda mendaftar menggunakan kod rujukan, butiran pelanggan Luno yang kod rujukannya anda gunakan, serta butiran pelanggan Luno yang mendaftar untuk akaun Luno menggunakan kod rujukan anda; tahap ganjaran anda, butiran promosi yang dituntut dan diberikan, jumlah nilai promosi |
Data peribadi yang mungkin kami peroleh daripada pihak-pihak lain
Kami juga mendapatkan data peribadi daripada syarikat-syarikat lain semasa menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda dan untuk menguruskan perniagaan dan operasi kami.
Klik di sini untuk melihat kategori data peribadi khusus yang mungkin kami peroleh daripada pihak-pihak lain
Kategori | Jenis data peribadi yang kami proses |
---|---|
Syarikat Kumpulan Luno | Kami mungkin menerima data peribadi tentang anda daripada Syarikat Kumpulan Luno yang lain dalam urusan perniagaan biasa. Ini kerana Luno ialah sebuah syarikat global yang beribu pejabat di United Kingdom. Luno Group Holdings Limited di UK ialah syarikat induk bagi setiap entiti operasi dan menyediakan perkhidmatan tertentu kepada, dan menerima perkhidmatan tertentu daripada, setiap entiti operasi kami. |
Rekod yang tersedia untuk umum | Kami mungkin menggunakan daftar awam untuk mendapatkan maklumat tentang anda. Contoh daftar termasuk senarai sekatan, repositori syarikat dan perniagaan, daftar penduduk oleh pihak kerajaan dan media. |
Rantaian blok awam | Apabila anda memilih untuk mencipta dompet bagi mata wang kripto anda, kami boleh melihat alamat anda di rantaian blok awam. |
Penyedia analitik | Kami menerima maklumat berdasarkan analisis tentang cara pelanggan kami menggunakan produk dan perkhidmatan kami. |
Perantara | Kami mungkin menerima maklumat daripada seorang perantara, contohnya apabila penasihat kewangan atau broker memperkenalkan anda kepada Luno. |
Mendaftar dengan akaun sosial | Apabila anda memilih untuk mendaftar menggunakan akaun Apple, Google atau Facebook yang sedia ada, kami akan menerima nama dan alamat e-mel anda. |
Penyedia penyelidikan pasaran | Kami mungkin menerima data peribadi apabila kami menjalankan tinjauan pengguna dan pelanggan. |
Lain-lain penyedia pihak ketiga | Kami mungkin mendapatkan data peribadi daripada penyedia pihak ketiga yang lain seperti agensi rujukan kredit dan KYC dan penyedia saringan sekatan. |
Data peribadi yang sensitif
Kami mungkin dikehendaki untuk mengumpul data peribadi yang dianggap sensitif atau dikelaskan sebagai data peribadi "kategori khas". Data peribadi sensitif biasanya memerlukan perlindungan tambahan di bawah undang-undang tempatan. Kami hanya akan memproses data peribadi yang sensitif untuk tujuan yang terhad dan apabila dibenarkan oleh undang-undang tempatan.
Kami mungkin memproses kategori data peribadi sensitif atau "kategori khas" berikut:
- Data biometrik (lihat bahagian "Data biometrik" di bawah)
- Data peribadi mengenai sabitan dan kesalahan jenayah
Apabila kami memperoleh data peribadi sensitif tentang anda bagi menjalankan saringan KYC dan AML, kami selalunya akan berbuat demikian kerana terdapat kepentingan awam yang cukup besar di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram dan jenayah kewangan tempatan dan serantau yang relevan.
Data biometrik
Kami perlu mengesahkan identiti anda sebelum anda membuka akaun Luno, mengemaskini maklumat berkaitan keselamatan (seperti alamat emel, kata laluan, dll) atau memulihkan akaun atau kata laluan. Untuk mengesahkan identiti anda, kami akan meminta anda untuk menangkap gambar atau membuat swafoto video, yang mana kami akan membandingkannya dengan gambar pada dokumen identiti pilihan anda (cth: pasport atau buku atau kad pengenalan) untuk menyemak sama ada kedua-duanya sepadan. Maklumat yang dikumpul dari swafoto anda termasuklah data biometrik, yang kami proses untuk mematuhi keperluan "know-your customer" dan semakan pencegahan pengubahan wang haram. Kami melakukan proses ini kerana penting untuk mematuhi kewajipan undang-undang di bawah peraturan dan undang-undang tempatan yang relevan dan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan pengganas. Kami juga akan meminta kebenaran anda untuk mengumpul dan menggunakan data biometrik apabila diperlukan oleh undang-undang tempatan.
Untuk maklumat lanjut tentang penyedia perkhidmatan yang digunakan oleh pihak kami, sila lihat bahagian "Dengan siapa kami berkongsi data peribadi dan sebabnya" di bawah.
Sekiranya anda enggan atau gagal untuk memberikan data peribadi
Anda tidak akan dapat mengakses dan menggunakan perkhidmatan kami sekiranya anda gagal atau enggan memberikan data peribadi yang wajib dikumpulkan oleh pihak kami menurut undang-undang atau yang diperlukan untuk memasuki dan melaksanakan di bawah Syarat Penggunaan kami.
Sebab kami menggunakan data peribadi
Bahagian ini menerangkan sebab kami menggunakan data peribadi dan asas undang-undang yang terpakai bagi penggunaannya. Dalam kebanyakan keadaan, kami menggunakan data peribadi kerana kami memerlukannya untuk memasuki dan melaksanakan di bawah Syarat Penggunaan, untuk menjalankan kepentingan kami atau pihak ketiga yang sah dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang. Kami juga mungkin meminta persetujuan anda sebelum menggunakan data peribadi tertentu, termasuk jika undang-undang negara tempat tinggal anda tidak mengiktiraf salah satu asas undang-undang ini atau lebih.
Data peribadi diperlukan untuk memasuki dan melaksanakan kontrak kami dengan anda
Kami perlu memproses data peribadi untuk memasuki dan melaksanakan kontrak kami dengan anda, khususnya Syarat Penggunaan kami. Sebagai contoh, kami perlu menyemak permohonan anda untuk membuka akaun bagi membolehkan anda berurus niaga pada platform Luno dan memberikan bantuan apabila anda memerlukannya. Kami tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda jika kami tidak dapat memproses data peribadi atas dasar ini.
Klik di sini untuk meneliti sebab-sebab kami memproses data peribadi anda secara lebih terperinci
Sebab kami menggunakan data peribadi | Kategori data peribadi |
---|---|
Untuk membuka dan mengekalkan akaun Luno andaApabila anda mendaftar dengan kami dan memohon untuk membuka akaun dan untuk mencipta dan mengurus akaun anda mengikut Syarat Penggunaan kami. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk memberikan perkhidmatan kami kepada andaApabila anda memproses dan melaksanakan transaksi pada platform Luno, termasuk menggunakan pembelian segera kami, dompet Luno anda untuk menghantar dan menerima mata wang kripto, pembelian berulang, produk bundle dan staking, deposit fiat dan penukaran fiat/kripto, serta produk lain yang mungkin kami tawarkan kepada pelanggan pada masa hadapan. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Apabila anda mendayakan dan menggunakan ciri beta dalam Luno LabsAnda boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam ujian dan memberikan maklum balas tentang ciri baharu sebelum pelancaran secara meluas. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk menyediakan bantuan pelanggan kepada andaKami menggunakan data peribadi untuk berkomunikasi dengan anda, melalui emel, 'chatbot' kami iaitu Toshi atau panggilan telefon, mengenai akaun anda untuk menyediakan panduan dan sokongan, untuk menyelesaikan masalah dan isu-isu yang anda hadapi pada akaun anda, troubleshoot, dan untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian, untuk menghubungi anda mengenai pengalaman atau untuk memberi maklumbalas terhadap review yang dikongsikan pada gudang aplikasi atau laman web awam. Kami juga mungkin memproses data peribadi untuk mengesahkan anda sebelum membalas permintaan anda atau sebagai sebahagian daripada proses pemulihan akaun atau kata laluan. Kami merakam dan memantau hubungan komunikasi kami dengan anda bagi memastikan kami telah memahami arahan anda, untuk meningkatkan perkhidmatan dan untuk melatih pasukan kejayaan pelanggan kami, dengan tujuan untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi berikut (hanya jika dan setakat yang perlu untuk menjawab pertanyaan anda):
|
Untuk menghantar komunikasi penting kepada anda tentang akaun anda dan perkhidmatan kamiKami akan memaklumkan anda tentang gangguan perkhidmatan, perubahan penting dan isu keselamatan yang menjejaskan akaun anda. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk mengekalkan integriti dan keselamatan perkhidmatan kamiKami perlu memahami keadaan pelanggan dan cara mereka menggunakan perkhidmatan kami untuk mengelak, mengesan dan menyiasat penggunaan yang tidak bersesuaian, melibatkan penipuan, tidak menurut undang-undang atau tidak sah sebagaimana yang ditetapkan dalam Terma Penggunaan dan untuk mengekalkan keselamatan akaun anda bersama kami. Sila lihat halaman keselamatan kami untuk maklumat lanjut tentang cara kami memastikan keselamatan akaun anda. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Data peribadi yang diperlukan untuk kami menjalankan kepentingan yang sah
Kami mungkin memproses data peribadi untuk kepentingan sah kami, seperti dalam menjalankan dan mengembangkan perniagaan kami dan menambah baik produk dan perkhidmatan kami. Jika undang-undang negara anda tidak mengiktiraf hal kepentingan yang sah, maka kami akan memproses data peribadi atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam jadual di bawah berdasarkan penerimaan anda terhadap Notis Privasi ini dan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda secara berterusan.
Klik di sini untuk meneliti sebab-sebab kami memproses data peribadi anda secara lebih terperinci
Sebab kami menggunakan data peribadi | Kategori data peribadi |
---|---|
Untuk membantu anda membuat keputusan termaklum tentang produk yang sesuai untuk anda.Kami mungkin bertanya kepada anda tentang keadaan dan matlamat anda supaya anda dapat menemukan produk yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh, anda mungkin berminat untuk membeli kripto dengan cara yang paling mudah atau anda mungkin berminat dengan perdagangan yang lebih maju dan ingin menggunakan pertukaran kami. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk memberi anda pengalaman yang lebih baikKami menganalisis penggunaan dan penglibatan dengan produk dan perkhidmatan kami untuk memperibadikan dan menambah baik pengalaman anda. Ini termasuklah penciptaan kumpulan demografi agregat awanama atau "segmen". | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami dan untuk menyelidik dan berinovasiKami mempunyai minat untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami agar berdaya saing, inovatif dan memberikan pelanggan kami pengalaman kelas pertama. Untuk melakukan perkara ini, kami menggunakan data untuk menyediakan metrik awanama tentang cara produk dan perkhidmatan kami digunakan untuk tujuan pelaporan dan untuk membimbing penambahbaikan. Kami bertanya tentang pengalaman anda dan supaya anda memberikan pendapat tentang produk atau perkhidmatan. Kami melakukannya dengan menjalankan kajian pelanggan dan pasaran, contohnya melalui tinjauan dan ujian pengguna, untuk lebih memahami keperluan pelanggan, untuk mendapatkan maklum balas tentang produk dan perkhidmatan, untuk mengenal pasti cabaran dan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami. Ini termasuklah penciptaan kumpulan demografi agregat awanama atau "segmen". | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk menawarkan promosi dan memberikan ganjaranKami berminat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami. Kami melakukannya dengan menyediakan peluang untuk mendapat manfaat daripada promosi, cabutan hadiah dan insentif. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk memasarkan produk dan perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat andaAdalah menjadi kepentingan kami untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang anda mungkin berminat. Jika anda bersetuju, kami akan menghantar mesej mengenai produk, perkhidmatan dan peristiwa dari rakan kerjasama dipercayai kami yang kami mungkin merasakan anda berminat. Kami akan menghantar mesej mengenai produk, fungsi, promosi, kemaskini berita dan peristiwa-peristiwa Luno melalui emel, notifikasi push atau 'in-app'. Mesej-mesej ini akan disesuaikan berdasarkan analisis penggunaan anda terhadap produk kami dan juga transaksi, untuk menawarkan perkara-perkara yang mungkin kami merasakan anda berminat. Anda boleh membuat permintaan untuk menghentikan mesej-mesej disesuaikan ini dengan menghantar mesej kepada kami -- semak 'bagaimana untuk menghubungi kami' pada bahagian akhir notis ini. Kami juga menggunakan data peribadi untuk mengukur prestasi dan kecekapan kempen-kempen pemasaran kami (seperti jumlah individu yang telah berinteraksi atau memberi respon terhadap sesuatu iklan) dan untuk memastikan kempen-kempen kami cekap dan mencapai individu yang betul. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk mengekalkan kualiti, integriti dan keselamatan perkhidmatan kami termasuk laman web dan aplikasi kamiSebagai tambahan kepada langkah-langkah yang diambil untuk melindungi perkhidmatan kami di bawah Syarat Penggunaan, kami juga memproses data peribadi untuk memastikan aplikasi dan laman web Luno selamat dan terjamin melalui pemantauan, ujian dan penambahbaikan yang berterusan serta menjalankan penilaian risiko pelanggan. Kami melakukan perkara ini untuk mengenal pasti sebarang tingkah laku yang menjadi petunjuk kepada penyalahgunaan, akaun yang terjejas atau akaun yang mungkin disalahgunakan untuk tujuan jenayah kewangan. Kami juga membuat saringan perbandingan dengan pelbagai pangkalan data, secara dalaman dan luaran, untuk menetapkan sama ada terdapat risiko yang dikaitkan dengan Luno atau pelanggan kami apabila menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan untuk memastikan bahawa kami tidak terlibat dalam berurusan dengan atau membantu dalam aktiviti jenayah dan hasil daripada jenayah. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang disenaraikan dalam bahagian "Data peribadi yang kami kumpulkan" di atas. |
Untuk merakam panggilan dan perbualan sembangApabila kami bersembang dengan anda atau menghubungi anda melalui telefon bimbit, kami merakam perbualan tersebut untuk jaminan kualiti (contohnya, untuk memastikan kami telah memahami arahan, pertanyaan atau kebimbangan anda) dan untuk tujuan latihan. | Kami mungkin memproses sebahagian atau semua kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk tujuan organisasiKami mungkin memproses data peribadi untuk menguruskan perniagaan kami (termasuk pengumpulan dan pemulihan yuran dan pembayaran) dan berkaitan dengan transaksi korporat seperti penggabungan, pemerolehan atau pelupusan. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang disenaraikan dalam bahagian "Data peribadi yang kami kumpulkan" di atas. |
Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami
Kami perlu mematuhi undang-undang dan peraturan di semua negara tempat kami beroperasi yang memerlukan kami memproses data peribadi. Sebagai contoh, kami mempunyai kewajipan undang-undang dan kawal selia untuk mengesan, menyiasat dan mencegah jenayah kewangan seperti penipuan, pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas, pembiayaan percambahan dan pemintasan sekatan. Jika anda gagal memberikan data peribadi yang kami perlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang, kami tidak boleh menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda.
Klik di sini untuk meneliti sebab-sebab kami memproses data peribadi anda secara lebih terperinci
Sebab kami menggunakan data peribadi | Kategori data peribadi yang digunakan |
---|---|
Untuk mengesahkan identiti anda dan memutuskan sama ada untuk meluluskan permohonan anda, sebagai sebahagian daripada prosedur "kenali pelanggan anda" kamiKami mematuhi undang-undang antijenayah kewangan untuk mencegah jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan untuk menghalang kami daripada mewujudkan hubungan perniagaan dengan syarikat dan negara yang terdapat dalam senarai sekatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Perbendaharaan UK dan Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) AS. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut sila layari Pusat Bantuan kami. Anda juga perlu menyemak lokasi anda untuk memastikan bahawa anda mengesahkan akaun anda di negara yang betul dan untuk memastikan anda tidak berada di negara yang disekat. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian lokasi, sila lihat artikel “Luno minta saya kongsikan lokasi saya. Kenapa?" di halaman Pusat Bantuan kami. Kami juga menggunakan data biometrik anda untuk memastikan dan mengesahkan identiti anda, biasanya dengan membandingkan imbasan wajah anda yang diambil daripada foto atau video swafoto dengan gambar pada salinan dokumen pengenalan yang anda berikan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pendekatan Luno dalam memerangi pengubahan wang haram dan jenayah kewangan di halaman Maklumat Pematuhan di laman web kami. | Sila ambil perhatian bahawa kategori data peribadi tepat yang kami kumpulkan akan bergantung kepada tahap pengesahan akaun. Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan lainKami juga dikehendaki menggunakan dan berkongsi data peribadi sebagai respons kepada tuntutan undang-undang sivil dan jenayah, permintaan yang sah daripada pihak berkuasa undang-undang yang menyiasat aktiviti jenayah, permintaan daripada pihak berkuasa percukaian dan penyeliaan lain. Kami juga mempunyai kewajipan untuk:
| Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Apabila kami meminta persetujuan anda untuk memproses data peribadi
Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi kami atas sebab-sebab di bawah, bergantung kepada lokasi anda. Anda sentiasa mempunyai kawalan ke atas kebenaran peranti anda dan tetapan dalam aplikasi. Jika anda menarik balik kebenaran anda, kami akan menghentikan pemprosesan data peribadi yang berkaitan dengan anda, walau bagaimanapun ia tidak menjejaskan pemprosesan sebelum ini. Kami juga mungkin meminta anda untuk membenarkan pemprosesan apabila undang-undang tempatan tidak mengiktiraf asas undang-undang di atas.
Klik di sini untuk meneliti sebab-sebab kami memproses data peribadi anda secara lebih terperinci
Sebab kami menggunakan data peribadi | Kategori data peribadi |
---|---|
Untuk mendayakan kebenaran peranti bagi aplikasi kamiKami memerlukan kebenaran anda untuk mengumpul maklumat daripada peranti anda bagi menyediakan produk dan perkhidmatan kami. Contohnya termasuk meminta akses kepada kamera, mikrofon, foto dan lokasi anda. | Kami mungkin memproses semua atau sebahagian daripada kategori data peribadi yang berikut:
|
Untuk melindungi kepentingan anda atau kepentingan pihak-pihak lain
Kami mungkin perlu menggunakan dan berkongsi data peribadi sekiranya perlu untuk memberi respons ketika kecemasan
Klik di sini untuk meneliti sebab-sebab kami memproses data peribadi anda secara lebih terperinci
Sebab kami menggunakan data peribadi | Kategori data peribadi |
---|---|
Untuk memelihara dan berkongsi data peribadi dengan penguatkuasa undang-undang atau pihak-pihak lainDalam keadaan yang jarang berlaku, kami mungkin perlu menyimpan atau berkongsi data peribadi semasa kecemasan atau ketika terdapat risiko terhadap keselamatan seseorang. | Kategori sebenar data peribadi yang kami kumpulkan bergantung kepada situasi yang memerlukan pendedahan untuk melindungi kepentingan individu. |
Keputusan Automatik
Penerimaan Pelanggan
Prosedur penerimaan pelanggan kami adalah separa automatik dan kami akan membuat keputusan berkenaan kelayakan anda sebagai pelanggan melalui kaedah automatik. Ini bermaksud, kami menggunakan teknologi untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak anda sebagai pelanggan berdasarkan umur, lokasi, tempat tinggal dan hasil semakan pencegahan pengubahan wang haram dan sekatan negara. Jika kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk teknologi kami membuat keputusan mengenai kelayakan anda, kami akan meminta anda untuk memuat naik semula dokumen, atau wakil dari Pasukan Sokongan kami akan menghubungi anda. Jika prosedur automatik ini menentukan bahawa anda di bawah umur, tidak memenuhi kriteria penerimaan atau didapati melanggar Syarat Penggunaan kami, permohonan anda akan ditolak secara automatik.
Pelanggan yang terdedah
Pelanggan yang terdedah adalah pelanggan yang, disebabkan oleh keadaan peribadi mereka, lebih berisiko terhadap penipuan kewangan seperti scam dan aktiviti-aktiviti penipuan lain. Kami cuba untuk melindungi pelanggan-pelanggan ini dengan meletakkan sistem kunci automatik pada akaun mereka apabila mereka membuat permintaan penghantaran matawang kripto. Pelanggan tersebut tidak boleh membuat apa-apa transaksi kripto keluar sehingga mereka menghubungi kami dan kami telah menyelesaikan semakan menyeluruh terhadap tujuan akaun, sumber dana dan tujuan transaksi.
Penipuan yang disyaki dan transaksi mencurigakan
Jika kami mengesyaki penipuan atau menerima laporan penipuan berkenaan akaun Luno anda, kunci automatik akan digunapakai pada akaun anda sementara penyiasatan dilakukan. Pasukan Sokongan Pelanggan kami akan menghubungi anda mengenai hasil penyiasatan dan sama ada akses ke akaun anda akan dipulangkan semula.
Pemasaran
Kami boleh menghantar maklumat kepada anda tentang produk, perkhidmatan, berita dan promosi kami, atau berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, pemberitahuan tolak atau dalam aplikasi, mesej teks atau cara-cara lain bagi tujuan pemasaran. Apabila kami berkomunikasi dengan anda bagi tujuan pemasaran, kami hanya akan melakukannya selaras dengan undang-undang terpakai berkaitan dengan persetujuan dan menarik diri.
Anda boleh memilih untuk tidak menerima (opt-out) komunikasi pemasaraan pada bila-bila masa dengan menukar kesesuaian komunikasi anda pada tetapan komunikasi di akaun Luno melalui aplikasi atau laman web kami. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi emel pemasaran pada bila-bila masa dengan menekan pilihan 'Nyahlanggan' dalam setiap komunikasi emel pemasaran yang dihantar kepada anda. Sila maklum bahawa pilihan untuk menyahlanggan kandungan pemasaran tidak akan menghentikan komunikasi penting berkaitan keselamatan atau operasi akaun anda, atau produk Luno (sebagai contoh apabila kami perlu memaklumkan kepada anda berkenaan jadual penyelenggaraan, perubahan dalam Syarat Penggunaan kami, insiden keselamatan, dll).
Kuki dan teknologi yang serupa
Anda boleh menyesuaikan pilihan kuki anda dalam talian apabila anda melayari laman web kami atau dengan menyesuaikan tetapan pada pelayar anda. Sila lihat dasar kuki kami untuk maklumat lanjut tentang kuki yang digunakan oleh kami.
Dengan siapa kami berkongsi data peribadi dan sebabnya
Luno berurusan dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan bekerjasama dengan rakan niaga serta pihak ketiga lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Hal ini memerlukan kami untuk berkongsi atau memberi akses data peribadi tersebut kepada pihak-pihak berkenaan bagi sebab-sebab tertentu.
Klik di sini untuk meneliti sebab-sebab kami memproses data peribadi anda secara lebih terperinci
Kategori penerima | Maklumat lanjut |
---|---|
Syarikat Kumpulan Luno | Sebagai sebuah perniagaan global, data peribadi anda mungkin dikongsikan dengan syarikat Kumpulan Luno untuk memudahkan operasi kami. |
Pengesahan identiti, KYC dan perkhidmatan saringan sekatan | Kami menggunakan penyedia perkhidmatan yang menyokong pengesahan identiti, saringan sekatan dan proses KYC umum kami dan membantu kami mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia, termasuklah:
Kami juga akan berkongsi maklumat dengan jabatan kerajaan untuk menapis maklumat anda dengan senarai penduduk tempatan, sebagai contoh Kementerian Dalam Negeri di Afrika Selatan dan Dukcapil di Indonesia. |
Pengesanan penipuan dan pemantauan transaksi | Kami menggunakan pembekal perkhidmatan yang menyediakan penyelesaian pengesanan penipuan dan pemantauan transaksi yang membantu kami mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta untuk melindungi perkhidmatan kami. Penerima ini termasuk:
|
Pemprosesan pembayaran | Kami menggunakan perkhidmatan pemprosesan pembayaran pihak ketiga untuk melaksanakan perkhidmatan deposit dan pengeluaran pada akaun Luno anda. Penyedia perkhidmatan adalah bergantung pada negara anda berada dan kaedah yang dipilih untuk membiayai akaun anda. Jika fungsi LunoPay tersedia di negara anda dan anda memilih untuk menggunakannya, kami akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak pemproses pembayaran untuk melaksanakan pembayaran anda. |
Apabila anda menghubungkanakaun anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga | Contohnya jika anda menghubungkan akaun Luno anda ke akaun bank anda atau ke lain-lain laman web dan perkhidmatan. Pihak ketiga ini harus memproses data peribadi mengikut notis privasi mereka yang tersendiri. |
Penguatkuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan, pihak regulasi, bank, pihak pemproses pembayaran dan institusi-institusi kewangan lain serta penasihat-penasihat profesional kami | Kami berkongsi data peribadi untuk:
|
Dari segi transaksi korporat dan penstrukturan semula | Data peribadi boleh dikongsi atau dipindahkan jika Luno diperoleh, digabungkan atau distruktur semula, atau jika perubahan kawalan berlaku atau kami menjadi muflis. Kami mungkin perlu berkongsi data peribadi semasa menilai dan memasuki transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan aset. |
Pembekal perkhidmatan lain | Kami menggunakan penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan platform kami dan menyediakan perkhidmatan kami kepada anda termasuk berkaitan dengan infrastruktur teknikal, pemasaran dan analitik serta pembangunan web dan aplikasi:
|
Apabila anda meminta kami untuk berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga | Sebagai contoh, apabila anda mengesahkan untuk kami berkongsi maklumat akaun anda dengan penasihat kewangan atau pengurus aset anda, atau anda membenarkan pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak anda. |
Pihak-pihak ketiga dan penyedia perkhidmatan
Apabila pemprosesan data dibuat bagi pihak kami, kami telah menyediakan perjanjian berasingan dengan penyedia perkhidmatan yang dipanggil perjanjian pemprosesan data. Ini memastikan mereka memproses data peribadi berdasarkan arahan kami dan menggunakan pendekatan teknikal dan berorganisasi yang sesuai untuk memastikan keselamatan data peribadi dan untuk melindungi hak anda.
Pada masa tertentu, pihak-pihak ketiga ini akan menggunakan data peribadi untuk mematuhi pematuhan undang-undang mereka, sebagai contoh, pemproses pembayaran dan bank. Apabila mereka melakukan perkara ini, mereka melakukannya sebagai pengawal data dan bertanggungjawab terhadap pematuhan undang-undang perlindungan data.
Tempoh kami menyimpan data peribadi
Kami biasanya akan menyimpan data peribadi sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami dan selepas itu selama tempoh tertentu setakat diperlukan bagi tujuan perniagaan yang sah (termasuk pematuhan dengan kewajipan undang-undang kami, mengelakkan penipuan, menyelesaikan pertikaian dan perjanjian yang dikuatkuasakan), untuk melindungi integriti perkhidmatan kami, untuk melindungi keselamatan pelanggan kami dan untuk mematuhi undang-undang.
Cara kami memutuskan tempoh untuk menyimpan data peribadi
Kami mematuhi dasar pengekalan data dalaman kami untuk menentukan tempoh pengekalan yang sesuai bagi data peribadi. Tempoh pengekalan bergantung kepada gabungan faktor, contohnya apabila data peribadi dikumpulkan dan sebab-sebab kami mengumpulkan dan menggunakannya, jumlah dan sensitiviti data peribadi tersebut, sama ada ia diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang, sama ada data peribadi tersebut membentuk sebahagian daripada rekod utama tertakluk kepada tempoh pengekalan khusus (contohnya di bawah keperluan dan garis panduan percukaian, kawal selia, pentadbiran syarikat, pengambilan pekerja dan/atau perakaunan) dan kami percaya terdapat kemungkinan pertikaian atau litigasi.
Anda boleh meminta kami memadamkan data peribadi dalam keadaan tertentu. Untuk maklumat lanjut sila lihat bahagian "Hak-hak anda" di bawah.
Pemindahan data peribadi di peringkat antarabangsa
Luna adalah sebuah organisasi global dan, dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, data peribadi mungkin dipindahkan kepada, dan diproses di negara-negara selain daripada negara tempat anda berada. Negara-negara tersebut mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data yang memberikan tahap perlindungan yang lebih rendah berbanding yang tersedia di negara anda. Sebagai contoh, data peribadi akan diproses oleh syarikat-syarikat Luno dalam pelbagai bidang kuasa dan oleh pihak ketiga kami yang beroperasi di seluruh dunia. Kami hanya akan memindahkan data peribadi jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan dan dengan perlindungan yang sesuai seperti klausa kontrak standard.
Menjaga keselamatan data peribadi
Luno sangat mementingkan keselamatan sistem kami dan data peribadi anda. Kami mengekalkan pensijilan ISO 27001 yang memerlukan kami untuk melaksanakan dan menyemak langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai dan munasabah secara berkala untuk memastikan data peribadi yang selamat. Pekerja kami dilatih untuk menguruskan data peribadi dengan selamat dan dengan penuh hormat. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin. Untuk maklumat lanjut tentang proses keselamatan Luno, sila layari halaman keselamatan pada laman web kami.
Keselamatan apabila menggunakan aset-aset digital dan rantaian-rantaian blok
Penggunaan matawang kripto akan direkodkan dalam rantaian blok awam. Rantaian blok awam adalah lejar teragih, bertujuan untuk merekodkan transaksi secara kekal menerusi rangkaian sistem komputer yang besar. Banyak rantaian blok bersifat terbuka untuk analisis forensik, yang boleh menjurus kepada pengenalpastian semula individu yang membuat transaksi dan pendedahan data peribadi, terutamanya apabila data rantaian blok tersebut digabungkan dengan data-data lain.
Oleh kerana rantaian blok bersifat desentralisasi atau merupakan rangkaian pihak ketiga yang tidak dikawal atau dikendalikan oleh Luno, kami tidak boleh memadam, menyunting atau menukar data peribadi pada rangkaian-rangkaian ini.
Hak-hak anda
Bergantung pada undang-undang yang terpakai dan sebab-sebab pemprosesan, anda mungkin berhak untuk melaksanakan hak-hak yang berikut:
Meminta kami untuk memberikan akses kepada data peribadi kepada anda.
Hak ini membolehkan anda menerima pengesahan bahawa kami sedang memproses data peribadi yang berkaitan dengan anda dan anda juga kadangkala boleh meminta salinan data peribadi tersebut.Meminta data peribadi dipadamkan.
Hak ini membolehkan anda meminta kami untuk memadamkan atau mengalih keluar data peribadi mengenai anda. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat mematuhi permintaan anda sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya kerana sebab undang-undang tertentu. Kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan sebab kami mengambil keputusan sedemikian sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.Membantah pemprosesan data peribadi kami.
Apabila kami memproses data peribadi berdasarkan kepentingan sah kami tetapi anda percaya bahawa terdapat keadaan di mana kami tidak sepatutnya dibenarkan berbuat demikian, anda boleh menghantar satu bantahan. Walau bagaimanapun, kami mungkin boleh, dalam keadaan tertentu, menunjukkan alasan sah yang mengetepikan bantahan anda. Jika kami percaya bahawa kami mempunyai alasan sah yang mengetepikan bantahan anda, kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan sebab kami mengambil keputusan sedemikian. Anda juga boleh membantah pemprosesan kami untuk tujuan menghantar komunikasi pemasaran langsung kepada anda.Meminta pemprosesan disekat.
Jika anda tidak pasti tentang ketepatan data peribadi yang kami proses berkaitan dengan anda atau anda beranggapan kami tidak sepatutnya memproses data tersebut atau sebab kami memproses data ini tidak jelas, anda boleh meminta kami untuk menyekat pemprosesan.Meminta data peribadi diperbetulkan atau dikemaskini.
Anda boleh meminta kami mengemas kini sebarang rekod yang tidak tepat atau sudah lapuk. Ingat bahawa anda sentiasa boleh mengemaskini butiran anda pada profil Luno anda dalam talian atau dalam aplikasi, atau dengan menghubungi kami melalui e-mel atau laman sembang.Meminta kami memindahkan (atau "port") data peribadi kepada anda atau kepada pihak ketiga.
Dalam keadaan yang terhad, anda boleh meminta kami untuk menghantar data peribadi yang diberikan kepada kami kepada anda sendiri atau kepada syarikat lain dalam format berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin.Membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan.
Anda mungkin mempunyai hak di bawah undang-undang tempatan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan tempatan di negara anda.
Luno akan menghormati hak-hak ini setakat yang dikehendaki oleh undang-undang. Anda boleh melaksanakan hak anda dengan menghantar permintaan bantuan atau dengan menghantar e-mel kepada kami di[email protected].
Data peribadi kanak-kanak
Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun Luno. Produk dan perkhidmatan kami adalah untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan bukan untuk individu di bawah umur 18 tahun. Luno tidak akan secara sengaja meminta untuk mengumpul data peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun dan kami berusaha sedaya upaya untuk mematuhi keperluan undang-undang tempatan berkenaan data peribadi kanak-kanak.
Cara untuk menghubungi kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan am mengenai akaun anda atau perkhidmatan kami, sila hubungi Pasukan Sokongan kami di [email protected] atau chat secara atas talian atau melalui aplikasi. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berhubung dengan Notis Privasi ini atau tentang cara kami mengendalikan data peribadi, sila hantar permintaan bantuan atau hantarkan e-mel kepada [email protected].